Wednesday, January 19, 2011

Danisha di a'famosa resort

 
Keriangan jelas terpancar diwajah Danisha kerana telah dibawa bercuti di a'famosa resort Melaka pada cuti akhir tahun baru-baru ini. Percutian selama 2 hari 1 malam pada 30 Nov - 1 Dis 2010 iti telah mencatatkan banyak kenangan manis kepada Danisha sekeluarga.
       Selain daripada ibu & ayah, Danisha juga telah membawa mak andak & pak su bersama-sama ke percutiaan itu. Antara aktiviti-aktiviti yang disertai dalam percutian itu ialah 'penjelajahan ke Animal World Safari', pertunjukan gajah, pertunjukan burung & 'pertunjukan Karnival'. Namun begitu aktiviti yang tidak dapat dilupakan ialah 'main air di Water World'. Danisha melepaskan geram dengan mandi sepuas-puasnya sehingga menggigil.
       Kenangan-kenangan indah sepanjang berada di a'famosa resort Melaka tidak akan dapat dilupakan oleh Danisha sampai bila-bila. Terima kasih diucapkan kepada ibu & ayah kerana membawa Danisha ke percutiaan yang indah ini.  

 
 

No comments:

Post a Comment