Wednesday, February 16, 2011

Danisha & wan Man

Satu perhubungan yang sangat unik dapat dilihat antara Sha & 'wan'. Ia berbeza dengan perhubungan antara ayah & ibu dengan Sha. Jika ibu & ayah sangat menyayangi Sha tetapi 'wan' lebih menyayangi & memanjakan Sha.
    Bayangkan Sha boleh terjaga dari tidur jika terdengar suara 'wan', begitu juga kalau dah jumpa dengan 'wan', kadang-kadang ibu & ayah pun dah tak dihiraukan. Kuatnya pengaruh 'wan' terhadap Sha.
    Beruntung Sha dapat 'wan' yang amat menyayangi dirinya. Ibu & ayah juga amat bersyukur kerana 'wan' & 'tok wan' menyayangi Sha lebih dari segalanya. Terima kasih 'wan' sebab sayang Sha. Sha pun sayang 'wan' banyak-banyak.